Tuesday 26 June 2012

3d drawing


Penerangan



Dalam pemberian tugas yang saya faham dalam menjawab teka teki yang diberikan, saya memilih untuk membuat lukisan bertajuk “REVOLUTION” yang membawa maksud yang mendalam bagi  diri saya sendiri.

Antara elemen-elemen yang saya gunakan untuk membentuk timbulan adalah “plaster of paris”(debu kapur) dan saya membentuknya menggunakan batang plastik

Penggunaan warna yang saya gunakan keatas hasil lukisan saya ini ialah jenis warna panas, warna sejuk dan saya juga menggunakan warna harmoni.

Dalam hasil karya saya, saya telah menerapkan sedikit sebanyak ilham yang diterapkan oleh Pablo Picasso, iaitu warna merah menunjukkan warna semangat, warna oren kreatif dan emosi, warna kuning menunjukkan emosi, warna hijau menunjukkan warna yang sensitif serta warna biru menunjukkan  warna keyakinan.Lukisan yang saya hasilkan ini juga diterapkan campuran warna yang seperti diatas yang juga dikenali sebagai warna harmoni.

Tajuk “REVOLUTION”(perubahan) yang saya berikan kepada hasil karya menunujukkan perjalanan  diri saya sehingga sekarang.Sebagai contoh lukisan timbulan seperti pokok kayu yang sudah mati menunjukkan bertapa saya terasa diri saya tidak bagi manfaat pun terhadap orang lain ketika dahulu,saya anggap bertapa bodohnya diri saya dalam mencari makna  dalam menjalani liku-liku kehidupan.peluang yang saya ada saya lepaskan begitu sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.Tetapi, lukisan timbulan pokok yang kedua menunjukkan pokok yang dahulunya mati, kini sudah mula tumbuh pucuk-pucuk daun menunjukkan diri saya adalah sebaliknya.Walaupun sedikit daun-daun yang tumbuh,bagi saya saya ingin menunjukkan bertapa saya berusaha mengharungi liku-liku kehidupan untuk memberi manfaat dan kepentingan kepada orang lain dan berharap pokok yang tadinya dianggap tidak berguna,mencacatkan pemandangan akan tumbuh rendang daunnya serta banyak lagi memberikan manfaat kepada orang lain.

Lukisan ketiga pula menunjukkan seorang lelaki yang terperangkap separuh badan antara batu dan air dan berusaha mengeluarkan dirinya  daripada halangan yang menimpa dirinya.Lukisan ini bermaksud walaupun sebanyak mana halangan dan rintangan yang datang saya tetap akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Lukisan genggaman tangan yang yang erat ini adalah menunjukkan tanda yang simbolik terhadap perubahan  (Revolution) iaitu berusaha merubah perkara yang tidak baik kepada yang baik.

Lukisan berlatar belakangkan warna yang panas yang saya lukis, berkait rapat dengan hati dan perasaan yang membara yang timbul dalam diri saya untuk melakukan perubahan.

Secara kesimpulannya, kita dapat merubah diri kita, walaupun diri kita dahulunya dianggap negatif oleh sesetengah pihak, kita dapat membuktikan bahawa persepsi kepada kita sebenarnya adalah salah, dan kita benar-benar membuktikannya.

kelas pertama portfolio

kelas pertama portfolio semester june 2012