Sunday 29 July 2012

Belajar melukis


Lukisan menggunakan alat semulajadi dan buatan manusia


Menggunakan alat semulajadi


 Batu
 Buluh
 Rotan
 Sabut
Serai kering

Menggunakan alatan buatan manusia

 Berus gigi
 Cotton Bite
 Kain
Span


Saturday 28 July 2012

Lighting







Lukisan yang saya buat dalam tugasan ini adalah mengkaji cahaya dan kesan bayang yang terhasil apabila arah-arah tertentu dihalakan. 





 Cahaya di bawah
 Cahaya di belakang
 Cahaya di hadapan
 Cahaya dari arah atas
 Cahaya sebelah kanan
Cahaya sebelah kiri

Technique Drawing (Stippling)


Technique Drawing (Shading)

Technique Drawing (Combine)

Potrait
pandangan perspektif

Wednesday 4 July 2012

silhouette drawing



"Silhouette" adalah imej seseorang, sesuatu objek atau adegan yang diwakili sebagai bentuk pepejal warna tunggal, selalunya hitam. Bahagian dalam  "silhouette"  1 pada keseluruhannya biasa dibentangkan pada latar belakang terang, biasanya putih, atau tidak ada sama sekali.  "silhouette"  berbeza dari garis yang menggambarkan kelebihan objek dalam bentuk linear, manakala bayang muncul sebagai bentuk pepejal. Imej  "silhouette" boleh diwujudkan dalam mana-mana media seni visual.

Chiaroscuro



Walaupun kurang definisi yang tepat, istilah seni halus "chiaroscuro" (daripada Itali untuk "cahaya gelap"; atau Perancis "Clair-obscur") menerangkan kontras terkemuka cahaya dan bayangan dalam lukisan, lukisan atau cetakan, dan kemahiran yang ditunjukkan oleh artis dalam pengurusan bayang-bayang untuk menghasilkan ilusi bentuk tiga dimensi.Titik, kepejalan bentuk hanya dapat dikesan dalam kehadiran cahaya.Dan jika terbit cahaya dari satu sumber, ia menerangi objek mengikut satu set kaedah khusus. Chiaroscuro menerangkan bagaimana pelukis menggambarkan pencahayaan 3-D objek yang seterusnya mewujudkan ilusi bentuk pepejal.

Karikatur Timbulan

Barrack Obama

Karikatur boleh memerlikan  dan boleh menyampaikan suatu tujuan politik atau dibuat semata-mata untuk hiburan. Karikatur ahli politik yang biasa digunakan dalam kartun editorial, manakala karikatur bintang filem sering dijumpai dalam majalah-majalah hiburan.

Dalam penghasilan karya saya ini, saya membuat karikatur Presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama.Dalam menghasilkan karikatur yang diaplikasikan dalam bentuk tibulan ini,banyak masa dan tenaga diperlukan kerana proses pembuatan ini memerlukan kesabaran serta ketekunan yang tinggi.

Proses pembuatan ini mengambil masa selama 1 minggu untuk menyiapkannya.Antara bahan-bahan yang digunakan adalah surat khabar lama, batang platik serta "play clay"(sejenis permainan seperti tanah liat untuk kanak-kanak) dan cara membentuknya adalah menggunakan tangan.

Setelah semuanya selesai, saya meletakkannya didalam frame dan mengikat karikatur timbulan ini menggunakan dawai.

Tuesday 3 July 2012

Tuesday 26 June 2012

3d drawing


Penerangan



Dalam pemberian tugas yang saya faham dalam menjawab teka teki yang diberikan, saya memilih untuk membuat lukisan bertajuk “REVOLUTION” yang membawa maksud yang mendalam bagi  diri saya sendiri.

Antara elemen-elemen yang saya gunakan untuk membentuk timbulan adalah “plaster of paris”(debu kapur) dan saya membentuknya menggunakan batang plastik

Penggunaan warna yang saya gunakan keatas hasil lukisan saya ini ialah jenis warna panas, warna sejuk dan saya juga menggunakan warna harmoni.

Dalam hasil karya saya, saya telah menerapkan sedikit sebanyak ilham yang diterapkan oleh Pablo Picasso, iaitu warna merah menunjukkan warna semangat, warna oren kreatif dan emosi, warna kuning menunjukkan emosi, warna hijau menunjukkan warna yang sensitif serta warna biru menunjukkan  warna keyakinan.Lukisan yang saya hasilkan ini juga diterapkan campuran warna yang seperti diatas yang juga dikenali sebagai warna harmoni.

Tajuk “REVOLUTION”(perubahan) yang saya berikan kepada hasil karya menunujukkan perjalanan  diri saya sehingga sekarang.Sebagai contoh lukisan timbulan seperti pokok kayu yang sudah mati menunjukkan bertapa saya terasa diri saya tidak bagi manfaat pun terhadap orang lain ketika dahulu,saya anggap bertapa bodohnya diri saya dalam mencari makna  dalam menjalani liku-liku kehidupan.peluang yang saya ada saya lepaskan begitu sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.Tetapi, lukisan timbulan pokok yang kedua menunjukkan pokok yang dahulunya mati, kini sudah mula tumbuh pucuk-pucuk daun menunjukkan diri saya adalah sebaliknya.Walaupun sedikit daun-daun yang tumbuh,bagi saya saya ingin menunjukkan bertapa saya berusaha mengharungi liku-liku kehidupan untuk memberi manfaat dan kepentingan kepada orang lain dan berharap pokok yang tadinya dianggap tidak berguna,mencacatkan pemandangan akan tumbuh rendang daunnya serta banyak lagi memberikan manfaat kepada orang lain.

Lukisan ketiga pula menunjukkan seorang lelaki yang terperangkap separuh badan antara batu dan air dan berusaha mengeluarkan dirinya  daripada halangan yang menimpa dirinya.Lukisan ini bermaksud walaupun sebanyak mana halangan dan rintangan yang datang saya tetap akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Lukisan genggaman tangan yang yang erat ini adalah menunjukkan tanda yang simbolik terhadap perubahan  (Revolution) iaitu berusaha merubah perkara yang tidak baik kepada yang baik.

Lukisan berlatar belakangkan warna yang panas yang saya lukis, berkait rapat dengan hati dan perasaan yang membara yang timbul dalam diri saya untuk melakukan perubahan.

Secara kesimpulannya, kita dapat merubah diri kita, walaupun diri kita dahulunya dianggap negatif oleh sesetengah pihak, kita dapat membuktikan bahawa persepsi kepada kita sebenarnya adalah salah, dan kita benar-benar membuktikannya.

kelas pertama portfolio

kelas pertama portfolio semester june 2012