Penerangan
Dalam pemberian tugas
yang saya faham dalam menjawab teka teki yang diberikan, saya memilih untuk
membuat lukisan bertajuk “REVOLUTION” yang membawa maksud yang mendalam
bagi diri saya sendiri.
Antara elemen-elemen
yang saya gunakan untuk membentuk timbulan adalah “plaster of paris”(debu
kapur) dan saya membentuknya menggunakan batang plastik
Penggunaan warna yang
saya gunakan keatas hasil lukisan saya ini ialah jenis warna panas, warna sejuk
dan saya juga menggunakan warna harmoni.
Dalam hasil karya
saya, saya telah menerapkan sedikit sebanyak ilham yang diterapkan oleh Pablo
Picasso, iaitu warna merah menunjukkan warna semangat, warna oren kreatif dan
emosi, warna kuning menunjukkan emosi, warna hijau menunjukkan warna yang
sensitif serta warna biru menunjukkan
warna keyakinan.Lukisan yang saya hasilkan ini juga diterapkan campuran
warna yang seperti diatas yang juga dikenali sebagai warna harmoni.
Tajuk
“REVOLUTION”(perubahan) yang saya berikan kepada hasil karya menunujukkan
perjalanan diri saya sehingga
sekarang.Sebagai contoh lukisan timbulan seperti pokok kayu yang sudah mati
menunjukkan bertapa saya terasa diri saya tidak bagi manfaat pun terhadap orang
lain ketika dahulu,saya anggap bertapa bodohnya diri saya dalam mencari makna dalam menjalani liku-liku kehidupan.peluang
yang saya ada saya lepaskan begitu sahaja tanpa memikirkan perasaan orang
lain.Tetapi, lukisan timbulan pokok yang kedua menunjukkan pokok yang dahulunya
mati, kini sudah mula tumbuh pucuk-pucuk daun menunjukkan diri saya adalah
sebaliknya.Walaupun sedikit daun-daun yang tumbuh,bagi saya saya ingin
menunjukkan bertapa saya berusaha mengharungi liku-liku kehidupan untuk memberi manfaat dan kepentingan kepada orang lain dan berharap pokok yang tadinya
dianggap tidak berguna,mencacatkan pemandangan akan tumbuh rendang daunnya
serta banyak lagi memberikan manfaat kepada orang lain.
Lukisan ketiga pula
menunjukkan seorang lelaki yang terperangkap separuh badan antara batu dan air
dan berusaha mengeluarkan dirinya
daripada halangan yang menimpa dirinya.Lukisan ini bermaksud walaupun
sebanyak mana halangan dan rintangan yang datang saya tetap akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Lukisan genggaman
tangan yang yang erat ini adalah menunjukkan tanda yang simbolik terhadap
perubahan (Revolution) iaitu berusaha
merubah perkara yang tidak baik kepada yang baik.
Lukisan berlatar
belakangkan warna yang panas yang saya lukis, berkait rapat dengan hati dan
perasaan yang membara yang timbul dalam diri saya untuk melakukan perubahan.
Secara kesimpulannya,
kita dapat merubah diri kita, walaupun diri kita dahulunya dianggap negatif
oleh sesetengah pihak, kita dapat membuktikan bahawa persepsi kepada kita
sebenarnya adalah salah, dan kita benar-benar membuktikannya.
No comments:
Post a Comment