Wednesday 4 July 2012

Karikatur Timbulan

Barrack Obama

Karikatur boleh memerlikan  dan boleh menyampaikan suatu tujuan politik atau dibuat semata-mata untuk hiburan. Karikatur ahli politik yang biasa digunakan dalam kartun editorial, manakala karikatur bintang filem sering dijumpai dalam majalah-majalah hiburan.

Dalam penghasilan karya saya ini, saya membuat karikatur Presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama.Dalam menghasilkan karikatur yang diaplikasikan dalam bentuk tibulan ini,banyak masa dan tenaga diperlukan kerana proses pembuatan ini memerlukan kesabaran serta ketekunan yang tinggi.

Proses pembuatan ini mengambil masa selama 1 minggu untuk menyiapkannya.Antara bahan-bahan yang digunakan adalah surat khabar lama, batang platik serta "play clay"(sejenis permainan seperti tanah liat untuk kanak-kanak) dan cara membentuknya adalah menggunakan tangan.

Setelah semuanya selesai, saya meletakkannya didalam frame dan mengikat karikatur timbulan ini menggunakan dawai.

No comments:

Post a Comment